Thursday, October 27, 2022

Episod 2: Antara Nikmat Dan Ujian

 Dalam kehidupan kita sehari - harian pasti akan ada ujian dan cabaran yang kita tempuh. Ada orang diuji dengan kesenangan seperti keluarga yang bahagia, kerja yang tetap, ada kereta mewah dan lain-lain. Ada orang diuji dengan kesusahan dari segi kewangan, dan keupayaan diri. Tetapi, bila kita telah menjadi senang kita lupa pada pencipta kita. Aku banyak lupa pada Tuhan. Masa susah, kerja takda, boleh setiap hari akan bersujud pada Tuhan. Tetapi bila dah senang, aku lupa pada Dia. Kadang-kadang aku tengok ada orang yang bab agamanya kurang tapi rezeki tak putus-putus. Sedangkan aku waktu tu, boleh tiap hari atas sejadah tapi kena paksa berhenti kerja. Aku tak tau apa yan Tuhan rancang untuk aku. AKu tahu hidup ni kena berusaha, kalau malas-malas memang kita akan rugi!

Aku bersyukur pada Allah swt sebab berikan nikmat selama ni. Ada kereta even parents punya tapi boleh pergi ke tempat kerja. Jimat minyak dan tambang Grab! Aku takut susah dan aku tak nak hidup susah. Masa kecil dulu keluarga aku tak la susah mana tapi struggle nak hidup juga. Bayangkan nak makan kfc pun jarang sekali. Bila makan Secret Recipe waktu tu dah kira mewah sangat dah. Tapi sekarang ni makan Secret Recipe dan Kfc mcm biasa dah. Aku bersyukur pada Allah atas nikmat yang diberikan. Tapi, sekarang ni Alhamdulillah, bila kerja hujung bulan dapat gaji bawa family pergi makan tempat mewah. Ini satu nikmat yang bagi aku Allah sahajalah yang tau. Memang seronok sangat. 

Sebenarnya, macam-macam aku fikir sekarang ni. Kontrak dah nak habis. Berbaki 2 bulan lagi. Takkan nak harapkan orang tua lagi. Sekarang ni bukan senang nak dapat kerja. Kebanyakannya kontrak. Selama waktu perjalanan kerjaya aku sekarang, aku takkan putus asa. Hanya doa sebagai sokongan dan semangat untuk aku terus berusaha. Hari-hari aku doa. Ya Allah, aku nak kerja tetap, taknak dah lompat-lompat, penat! AKu nak tolong keluarga aku. 

Aku dosa banyak. Hanya kembali kuatkan hubungan aku dengan Allah dan berbuat baik kepada semua orang agar dosa - dosa aku dihapuskan. 

ok lah.. kepala dah penat.. 

sambung esok EPISOD 3...

Terima Kasih... 







Wednesday, October 26, 2022

Episod 1: Pengenalan

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-9695540498043698"

     crossorigin="anonymous"></script> 

Salam sejahtera buat semua pembaca blog aku ni. 

Blog ini sengaja dibuat sebab macam orang lain juga boleh kongsi pelbagai kisah hidup. Aku umur 30 tahun genap 2022 ni. Bekerja dekat syarikat swasta agensi pekerjaaan selama hampir 1 tahun lebih dah. Rumah 20 kilometer dari KL. Jadi aku berulang alik dengan KTM ke tempat kerja kadang-kadang naik MRT ke pejabat. Nak parking dekat KL mahal pula. Hari-hari bangun awal pagi pukul 5 ke pejabat. Sampai rumah pukul 9 malam. Kawan-kawan tempat kerja semua ok je. Stress kerja biasalah. Tapi nak kata toxic tu Alhamdulillah takda setakat ni. Dulu tahun 2020 ke 2021 aku kerja dekat bank. Bahagian personal financing sales dkat Ampang. Situ dengan boss dengan kawan-kawan senior toxic. Tapi cerita dah lama dah berlalu. Umur dah 30 tapi kerja probation lagi, rumah takda lagi, kereta pinjam mak punya, apatah lagi aset2 yang lain. Aku graduate pelajar jurusan pentadbiran perniagaan di Universiti swasta di Petaling Jaya. Hidup ni macam tu lah, kejap bangun kejap jatuh. Aku harap dengan blog ni sebagai saksi cerita - cerita kisah hidup aku. Dalam hidup ni siapa je tak nak berjaya dan hidup senang. Aku pun nak juga. 

Di ofis...

Rutin macam biasa, datang awal clock in. Cari candidate untuk permohonan kerja. Lepas tu gurau-gurau dengan office mates. Aku anggap diorang dah macam adik2 sendiri. Walaupun ada yang gurau menyakitkan hati tapi relac je la. Stress sebab kna kejar kpi. 10 cv seminggu. Sabar je lah. 

Penyerahan Urusan kepada Allah swt...

Borak2 dengan member dekat wasap. Dia kata maybe sebab aku tak jaga hubungan dengan Allah itu sebab hidup aku tak terurus. 

Ok.. ini sahaja untuk episod pengenalan ni. sebab dah pukul 10.50pm. Nak tido, sambung esok episod 2.. 

Selamat Malam.. 



Episod 2: Antara Nikmat Dan Ujian

 Dalam kehidupan kita sehari - harian pasti akan ada ujian dan cabaran yang kita tempuh. Ada orang diuji dengan kesenangan seperti keluarga ...